Saturday, 21 May 2011

Tips Membeli Emas Pelaburan.......

Mari sama-sama kita lihat.

Jenis emas

    • Perkara yang paling penting ialah jenis emas yang bakal dimiliki. 
    • Seeloknya ialah emas fizikal yang boleh di pajak atau jual bila-bila masa di waktu perlu, bukannya akaun emas, saham emas, sijil emas, atau senangnya emas maya tidak elok. Malah ianya tidak jelas hukumnya disisi agama kita islam. 
    • Emas yang dimiliki ialah emas pelaburan iaitu, sama ada ianya goldbar, gold coin atau dinar kerana kesemua ini memang dicipta khas untuk pelaburan maka susut nilainya adalah kecil.
    • Manakala emas dalam bentuk barang kemas pula kurang elok kerana susut nilainya adalah besar apabila kita hendak menolaknya di kedai-kedai emas. Ini kerana barang kemas bukan dicipta untuk pelaburan tetapi ianya sebagai perhiasan wanita.
  1. Ketulenan Emas
    • Ketulenan emas dinilai melalui karat atau 'k'.
    • Emas paling tulen ialah emas 24k, dan seterusnya 22.8k atau 23k, 22k, 20k, 18k
    • Semakin kecil karatnya, semakin kurang tulen emas itu. 
    • Ia juga ada disebut dalam bentuk 3 angka sebagai mewakili peratusan emas dalam sebatian
    • Emas 999.9 ialah emas 24k, emas 995 ialah emas 23k, 916 emas 22k, 875 emas 20k dan emas 850 ialah emas 18k.
    • Semakin tulen emas yang disimpan adalah semakin baik.
    • Emas 24k, 23k dan 22k dikira emas yang paling baik untuk disimpan sebagai pelaburan.
  2. Harga jual
    • Sebenarnya, harga emas adalah penting untuk dilihat dalam membeli emas, namun ianya bukanlah perkara yang paling penting kerana harga emas ini akan sentiasa naik.
    • Walaupun begitu, adalah bijak untuk kita mendapatkan harga emas yang murah
    • Untuk itu, kita kena tahu harga semasa pasaran dunia, harga semasa pasaran tempatan yang ditetapkan oleh FGJAM dan harga-harga emas di banyak tempat yang ditawarkan sebagai perbandingan
    • Sebagai contoh, sekiranya harga FGJAM dan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas 24k pada harga RM172/g, mengapa kita harus membeli emas 24k yang dijual pada harga RM192/g
  3. Spread
    • Spread ialah beza harga jual dan beli oleh pihak yang menjual emas kepada pelanggan.
    • Secara mudahnya, peratusan spread boleh dikira dengan mecari beza harga jual dan beli yang kemudian dibahagikan dengan harga jual tadi serta didarab 100.
    • Lagi kecil % spread yang kita dapat adalah lagi untung.
    • Ini kerana, setelah peratus keuntungan ditolak dengan peratus spread jual-beli, maka itulah untung bersih yang kita akan dapat sebelum ditolak zakat sebanyak 2.5% setahun.
    • % spread adalah sangat penting untuk dilihat dalam membeli emas mengatasi aspek harga emas sebenarnya.
  4. Mudah Dijual balik
    • Mudah dijual balik maksudnya, sekiranya kita hendak menjualnya selain memajaknya diwaktu terdesak, ianya mestilah mudah dan senang.
    • Menjual emas kepada sesiapa pun memanglah mudah sebenarnya, tetapi untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum, seeloknya menjual emas kita tadi kepada tempat atau orang yang kita belinya.
    • Emas Poh Kong dijual balik ke Poh Kong, Wah Chan ke Wah Chan, Poh Win ke Poh Win dan Public Gold kepada pihak Public Gold kembali samada dealer atau syarikat itu sendiri.
  5. Stok yang banyak
    • Jika kita nak menyimpan emas, biasanya waktu harga murah ramai yang ingin beli emas.
    • Penjual yang hanya menjual sedikit amaun gram emas sahaja diwaktu harga murah adalah tidak elok bagi kita pelabur.
    • Di waktu harga emas mahal dan tinggi, banyak pula stoknya.
    • Jadi ini tidak baik untuk strategi pelaburan kita dalam emas.
    • Oleh itu, memastikan emas yang dibekalkan adalah sentiasa mencukupi dan banyak adalah penting.
  6. Jaminan belian balik 
    • Emas tulen seperti emas 24k atau emas yang masih lagi lembut seperti emas 23k dan emas 22k sangat senang terdedah kepada pelbagai risiko fizikal seperti kemek, patah, terguris, calar dan bengkok terutamanya pada emas 24k.
    • Jadi, satu jaminan belian balik oleh pihak penjual emas tadi dari kita adalah sangat penting. 
    • Ini kerana, walaupun emas itu boleh rosak atau dirosakkan, namun, nilainya tetap tidak berubah asalkan berat dan kualiti ketulenannya adalah sama.

    • Sumber : Institutemas

Monday, 9 May 2011

SEJARAH DUIT.................

Sejarah Duit!


salam.

Hari ini ramai yang menyebut istilah duit tanpa menyedari perbezaan yang ketara antara 'wang' dan 'matawang'. 

Wang atau dalam bahasa inggeris adalah 'money' manakala matawang adalah 'currency'. 

Tetapi oleh kerana, budaya dan bahasa kita yang biasa menyebut duit semata, kita tidak sedar kedua istilah Money & Currency adalah berbeza dari segi istilah dan nilainya. 

Oleh itu, mari kita kupas isu sejarah duit ini dengan lebih mendalam. Sebelum itu, kita kena ketahui juga apa yang dimaksudkan dengan duit. Secara ringkasnya, duit ialah satu medium pertukaran kepada barangan atau perkhidmatan, dengan memegang sekian nilai yang dipersetujui oleh kedua pihak pelanggan & peniaga atau pembekal perkhidmatan.


Sejak beribu tahun yang lepas, manusia sudah menggunakan emas & perak sebagai asas pertukaran. Duit asal manusia adalah logam bernilai seperti emas & perak kerana keduanya mempunyai sifat dan nilai intrinsik yang kekal secara semulajadi. Berbanding kulit siput cowry atau logam besi yang tidak berjaya kerana kelemahan mampu dibinasakan, emas & perak mendapat tempat di hati datuk nenek moyang kita sejak beribu tahun yang lepas sebagai wang atau duit. Ini kerana sifat emas yang berkilauan dan cantik, menyebabkan sesiapan sahaja akan bersetuju untuk menukarkan barang mereka atau memberikan perkhidmatan kepada pemiliknya. Begitu juga dengan logam putih, perak yang berkilauan. 

Syiling emas pertama wujud sebagai duit di dunia ialah syiling 'the lydian lion' oleh kerajaan purba lydia. 

Lydian Lion (depan)

Lydian Lion (belakang)

Syiling perak yunani

Syiling emas Rom

Syiling perak Rom

Dinar emas tamadun arab lama

Dirham perak tamadun arab lama

Syiling emas nupam Kerajaan India lama


Sistem wang emas & perak ini kekal beberapa kurun lamanya di dunia di pelbagai tamadun.

Di tamadun china, wujud wang tahil emas & tahil perak. Semua dagangan dunia pada masa itu adalah dalam emas dan perak sebagai medium utama pertukaran. Emas & perak adalah wang pada masa itu.

Kemudiannya, di akhir tahun 1700an dan sekitar awal tahun 1800-an, konsep mula berubah sedikit. Oleh kerana membawa wang (emas & perak) yang banyak ke sana sini adalah agak sukar, manakala menyimpannya di rumah masing-masing semata-mata agaklah membimbangkan. 

Jadi, wujud konsep bank pertama di dunia, apabila pihak mereka menawarkan untuk menyimpan wang orang ramai di tempat mereka. Sebagai ganti, mereka akan isukan kertas bertulis IOU yang mewakili wang penyimpan-penyimpan  tadi sebagai ganti. Seumpama surat yang mewakili wang mereka. Surat atau kertas bertulis yang mewakili emas & perak.

Surat itu bernilai kerana adanya simpanan sebanyak mana emas & perak di simpanan bank tadi. Bank ini bermula di tempat-tempat tukang emas yang mempunyai bilik kebal serta kuil-kuil atau gereja-gereja lama yang mempunyai struktur bilik yang kukuh serta selalu dikunjungi orang ramai. Atas keselamatan inilah, ramai orang mula menukarkan wang mereka kepada kertas yang mewakili emas & perak masing-masing. Tapi manusia pada waktu ini masih belum lupa bahawa, wang yang sebenar masih lagi emas & perak.


Antara IOU kertas terawal yang mewakili 'duit sebenar' emas & perak, 1779.
Kemudian beberapa siri perwakilan wang dan kertas IOU berlaku di seluruh dunia. Manusia mula membawa kertas-kertas ini untuk membeli dan berdagang.Jika mereka ingin mendapatkan wang yang sebenar, mereka hanya perlu pergi menuntutnya di bank-bank berkenaan yang menyimpan emas & perak, iaitu wang sebenar.

Dipendekkan cerita, wang yang diwakilkan dengan kertas ini boleh digelar matawang kertas. Kerajaan US adalah antara peyimpan emas & perak terbesar dunia mula mencetak matawang USD dengan nisbah rizab emas & perak yang mereka ada.Matawang ini digelar 'Silver Certificate' dan "gold Certificate' kerana not kertas dollar itu tidaklah bernilai melainkan adanya perak & emas. Not kertas USD hanyalah sijil kertas yang mewakili wang yang sebenar, emas & perak.


1 Silver Dollar (depan)

Silver certificate yang mewakili perak (1868-1957)

10 dollars in Gold Coin (depan)

Gold Certificate yang mewakili emas (1863 -1928)

USD pada hari ini.


Jika, kita perasan, di not-not USD ini ada tertulis perkataan 'gold certificate' dan 'silver certificate'. Malah ianya tidak terus dipanggil dollar, tetapi 'silver dollar' atau 'gold dollar' atau 'in gold coin'. Perkataan yang paling utama pada not-not ini ialah pada bahagian bawahnya, iaitu, "PAYABLE TO THE BEARER ON DEMAND". Maksudnya, sesiapa sahaja memegang not-not ini boleh pergi menuntut emas & perak mereka di bank.

Pada waktu itu, sebelum 1933, sesiapa sahaja yang memegang not USD ini boleh menukarkan not kertas mereka dengan emas & perak di kaunter-kaunter bank. Ini jelas menunjukkan intergriti wang sebenar masih boleh dimiliki oleh orang ramai. 

Namun, sejarah sentiasa berubah dan diubah oleh kerajaan US kerana, berlakunya beberapa siri peperangan yang besar, yang menyebabkan mereka terpaksa mencetak USD melebihi rizab sebenar emas & perak yang mereka ada. Ini menyebabkan berlakunya inflasi yang tinggi serta susut nilai matawang USD sertas matawang-matawang lain seluruh dunia khususnya akibat percetakan yang berleluasa sehingga ke hari ini.

Mari kita lihat kronologi utama sehingga, matawang kita hari ini tidak lagi bersandarkan pada emas & perak (wang yang sebenar) tetapi hanyalah cetakan atas angin yang teruk dibaham inflasi. 


1914 - piawai emas dibatalkan kerana Perang Dunia I, percetakan USD lebih banyak dari  simpanan emas yang dimilikinya.
1929 - Kemelesetan ekonomi dunia, USD20=1oz
1933 - FD Roosevelt menetapkan USD35 = 1oz Emas.
(april 1933 – act to prohibit citizen keep gold)
1941 - Perang Dunia II
1944 - Perjanjian Bretton Woods & IMF diwujudkan. 
Memilih hanya USD boleh tukar untuk emas. Kerajaan sahaja (bank pusat) yang boleh tukar kepada emas & perak, dan orang perseorangan tidak boleh. Mereka janji 1oz emas untuk setiap $35
1960 - Perang Vietnam - USA
1970 - USA menanggung defisit hutang melebihi USD37 billion
1971 - Presiden Richard Nixon membatalkan sepenuhnya piawaian emas dan USD. Tidak lagi boleh tukar USD – Emas.
1971 sehingga sekarang, USA boleh mencetak USD sewenang-wenangnya secara atas angin. 
Cetakan secara besar-besaran setiap hari (sila perhatikan jumlah USD yang dicetak bawah kanan blog ini - US National Debts clock)

Susut nilai berlaku dengan lebih pantas apabila cetakan USD semakin laju dan banyak tanpa kawalan secara atas angin dan tidak bersandarkan pada emas & perak.
 p.s: Jadi anda sudah faham kenapa duit fiat hari ini susut nilai. Kerana ianya matawang yang tidak bernilai. Hanyalah kertas yang dicetak dan dikuatkuasakan bernilai sahaja. Tiada emas & perak disebaliknya. Oleh itu, masih mahu simpan matawang?! Simpan lah wang sebenar dan bukan matawang. Simpan emas & perak.

 Simpan duit = simpan emas & perak.


SUMBER :institutemas

Friday, 29 April 2011

KENAIKAN EMAS DALAM MASA SEBULAN

Kenaikan  emas dalam tempoh sebulan,, fikir-fikirkan lah semua. Patutkah kita masih lagi menyimpan dalam bentuk mata wang kertas yang ditelan inflasi.? Mulai pada saat ini, marilah kita semua menyimpan dalam bentuk jongkong emas supaya kita mendapat keuntungan dan dapat mengelak dari inflasi.

Wednesday, 20 April 2011

Kenapa Perlu Beli dan Simpan Emas daripada melabur ASB??????

Salam semua,

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB melalui agen saya. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : Emas nak jual kat sape? mudah ke prosesnya..

Jawapan No 1:

Sebelum jawab lanjut soalan ni, ulasan saya adalah : sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat di hujung jari, tanya saja pada pakcik google, dia akan bagitau semuanya. So kita boleh dapatkan info yang pelaburan ASB sebenarnya adalah tidak halal haram, namun diistiharkan HARUS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halalnya proses urusniaga dan pelaburannya. Oleh itu, orang kata ndak seribu daya, tak ndak seribu dalih.

Pada saya, bagi yang tahu, dan ada akses kepada maklumat ini, kita wajib meninggalkan ASB dan kita pakat push PNB menghalalkan urusniaga ASB ini. Jika kesatuan Islam bergabung dan dengan kekuatan 'suara' MFK, maka kita umat Islam Malaysia boleh mendesak kerajaan dan PNB menghalalkan ASB. Semua pakat diam tak buat apa pastu dok kata kita tak de kuasa. Kita ada kuasa sebenarnya, bila kita semua sepakat ugut nak kuarkan duit ASB, mesti PNB gelabah dan cepat2 amik tindakan sewajarnya. Yang herannya, orang atas kat PNB tu majoritinya semua Islam tapi.....

ok...bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram - RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44 

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74 

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal. 

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2. 

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke publicgold sendiri. rujuk web publicgold utk lihat senarai dealer terkini.jual kat akakpon boleh....dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. semudah abc kan??

Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini...


SUMBER http://www.gold2rich.com/

Monday, 18 April 2011

ARTIS TELAH MEMBUKA MATA BETAPA PENTINGNYA MENYIMPAN EMAS

Pelaburan emas Linda Rafar

SELEBRITI Linda Rafar menyifatkan menyimpan emas merupakan pelaburan yang bijak dan menguntungkan.


PELAKON dan kini ahli perniagaan, Azlinda Rafar, 33, pada mulanya tidak faham mengapa sesetengah orang menyimpan emas sebagai pelaburan masa hadapan. Baginya, pelaburan yang menguntungkan adalah dengan membeli rumah dan menjalankan perniagaan yang dapat memberikan pulangan wang yang banyak.
Bagaimanapun keadaan itu berubah apabila dia mula diperkenalkan dengan pelaburan emas melalui abang iparnya yang merupakan pembekal emas. Melalui syarikat Serambi Emas, dia yang mudah dikenali dengan panggilan Linda akhirnya terjebak dengan perniagaan berasaskan emas dan mengakui ia merupakan pelaburan yang menguntungkan.
“Daripada seorang yang tidak faham mengenai emas, kini saya dan seluruh ahli keluarga terbabit dengan perniagaan dan pelaburan emas secara aktif.
“Sekiranya saya mendapat pendedahan lebih awal mengenai emas, mungkin saya telah menceburi bidang ini lebih awal,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.
Harga sentiasa naik
Menurut Linda, dia memilih emas kerana selain mudah untuk disimpan, dia tidak perlu bimbang dengan kejatuhan harganya. Harga emas sentiasa naik dari tahun ke tahun dan boleh digadaikan pada bila-bila masa sahaja.
“Walaupun harga emas kadangkala turun naik, tetapi jika dilihat dengan lebih teliti, harganya tetap akan naik dari tahun ke tahun. Pemilik emas pula boleh menjual emas mereka pada bila-bila masa sahaja sekiranya memerlukan wang dengan segera.
“Ia ibarat simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Setiap tahun ada keuntungan dan pemiliknya tidak akan menanggung kerugian selagi melabur. Tetapi emas lebih mudah diuruskan,” katanya.
Menceritakan perkembangan perniagaan emasnya, Linda memberitahu, selain ahli keluarga, di bawah agensinya dia mempunyai lebih 30 orang ejen yang bergerak secara aktif.
“Perniagaan emas adalah fokus Linda dan keluarga Linda ketika ini. Bagaimanapun, perniagaan spa dan produk penjagaan kulit kami masih berjalan seperti biasa,” katanya.
Linda memberitahu, melalui Serambi Emas, orang ramai boleh membeli sama ada kepingan emas seberat 100 gram, 500 gram dan sekilogram yang berharga RM160 satu gram (mengikut harga semasa).
“Kepingan-kepingan emas ini dibeli di Indonesia dan Switzerland dan dihasilkan oleh pengeluar yang memiliki reputasi dalam penghasilan jongkong emas 999.9.
“Saiz yang disediakan adalah bagi memenuhi kemampuan pelanggan dan dijual melalui sistem ar-Rahnu,” katanya.
Mengulas lanjut, pelanggan hanya perlu membayar sebanyak 35 peratus daripada nilai emas dan bakinya akan dibiaya oleh ar-Rahnu.
“Pelanggan hanya perlu membayar secara ansuran kepada ar-Rahnu sehingga selesai dan selepas itu ia akan menjadi hak milik mutlak pelanggan,” katanya.
Setiap pelanggan yang memperkenalkan pelanggan baharu akan mendapat RM500 pada setiap pembelian.
“Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan perniagaan dan pelaburan emas dengan Serambi Emas pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan atau membayar upah simpan dan bayaran ansuran emas di ar-Rahnu sehingga pembayaran mereka selesai,” katanya.
Aura penyeri
Dalam pada itu, Linda mengakui kehidupannya berubah sejak terbabit dengan Serambi Emas. Selain sibuk mempromosikan emas di Facebook dan kepada rakan-rakan artis, dia juga mula memakai emas sebagai perhiasan selepas mengetahui kebaikannya.
“Emas mempunyai aura semula jadi sebagai penyeri wanita. Tetapi saya tidak memakai emas dengan banyak, cukuplah sebagai perhiasan secara ringkas.
“Selain menjual kepingan emas, saya sendiri menyimpan beberapa kepingan emas yang akan saya gunakan untuk promosi kepada rakan-rakan saya di mana-mana sahaja,” katanya.
Serambi Emas juga akan mengeluarkan emas seberat 50 gram pada masa akan datang untuk memenuhi permintaan pelanggan.
SUMBER Kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...