Monday 11 April 2011

Menabung dan Melindungi Kekayaan Agar Tidak Dirompak Inflasi

CERDAS EMAS,
ASSALAMUALAIKUM

Pelaburan yang bijak


         Kita tahu bahawa wang kertas adalah alat pembayaran yang sah kerana dunia telah ditipu oleh US, yang mengeluarkan mata wang kertas supaya kita semua terikat dengan mata wang US Dollar. Sekarang ini kite perlu menggunakan mata wang kertas untuk kegunaan harian, semakin hari nilai mata wang kite susut nilainya. Hari ini penulis nak menyedarkan kepada pembaca supaya sedar bahawa kite sudah ditipu dengan mata wang kertas yang tidak ade nilainya. Walaupun hari ini wang kertas menjadi alat rasmi untuk pembayaran, dan emas tidak lagi digunakan sebagai alat pembayaran dan pembelian namun emas pada zaman ini berfungsi sebagai menambahkan wang pembaca dan mengelakkan dari inflasi.

Fungsi Emas:

1) Sebagai perhiasan
2) Sebagai simpanan dan melindungai nilai aset kita.(inflasi, Kejatuhan Nilai Mata Wang)
3) Sebagai alat pelaburan

Selain itu, naik turun emas adalah disebabkan oleh perkembangan ekonomi global, terutama sekali berkaitan dengan inflasi yang tinggi dan juga harga mentah dunia. Cuba pembaca fikir dulu harga barang murah je kan, dan harga emas murah je kan dan minyak murah je kan. Baiklah, apa yang sudah berlaku pada hari ini, inflasi makin tinggi(harga barang makin naik melambung) harga emas pastinya melambung harganya, harga minyak mentah makin naik harganya dan harga emas pasti makin naik melambung harganya. Betul tak?????? Fikir2 lah wahai pembaca. Cuba pembaca lihat kembali harga emas 10 tahun lepas, harga emas naik 30-40 % setiap tahun. Hari ini emas dah naik dengan begitu tinggi, namun ramai lagi orang yang tidak membuka mata tentang bagusnya menyimpan emas. 10 tahun nanti harga emas begitu melambung, masa itu, masyarakat akan panik dan memburu emas, Penulis yakin dan percaya semua orang akan kehilangan kepercayaan terhadap wang kertas dan memilih menyimpan emas.

Menabung Emas Dengan Tujuan Tertentu, Pergi Haji dan Membiayai Pendidikan Anak-Anak


       Orang-orang dulu (Emak-emak kita) telah menabung sejak dulu lagi kerana dia tidak suka menyimpan wang kertas. Dulu emak-emak kita mempunyai duit hasil dari bertani tapi hasil dari jualan mereka membeli barang kemas untuk masa depan kerana nilainya makin hari makin naik. Cuba pembaca tanya orang2 dulu atau emak2 kita,,simpan duit wang kertas atau emas yang lebih baiknya. Dulu-dulu orang simpan untuk pembiayaan pendidikan anak-anak,  simpan emas untuk pergi haji, simpan emas untuk dana darurat. Dulu masyarakat telah sedar kenapa simpan emas, sekarang kita simpan untuk mengelakkan dari inflasi dan simpan untuk anak-anak, pendidikan anak-anak, pergi haji, pergi umrah, darurat, dan banyak perkara yang kita boleh buat sekiranyan kita semua  menyimpan emas.
      Dulu orang menyimpan emas kerana dia tahu emas akan naik dan tidak mempunyai maklumat tentang kenaikan minyak dan dan telah bijak dalam mengatur ekonomi diri, tapi sekarang banyak maklumat yang kita dapat dan perolehi dengan ekonomi dunia sekarang ini, cth: kenaikan barang, kenaikan minyak dan sebagainya. Bijak kah kita dalam mengatur ekonomi diri seperti orang2 dahulu yang menyimpan emas. Sedarlah kita bahawa emas itu sangat penting untuk kita mengatur ekonomi diri supaya kita kalis dari inflasi.

"SIMPANLAH EMAS, MATA WANG MASA HADAPAN."


Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan Jongkong Emas, Dinar Emas dan Jongkong Perak sila hubungi saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...